5 PEKERJAAN YANG AKAN DIGANTIKAN DENGAN ROBOT DALAM MASA 5 TAHUN



5 PEKERJAAN YANG AKAN DIGANTIKAN DENGAN ROBOT DALAM MASA 5 TAHUN
Disediakan oleh
PAK ATAN








    
Anda rasa anda akan bekerja dengan syarikat anda lagi dalam masa lima tahun?
memang kau datang tempat yang betul.sebab aku nak bercerita tentang 5 pekerjaan yang mungkin diambil alih oleh robot .

1.Peladang


    Apabila kita sentuh robot dengan pertanian dan perladangan ni macam tak masuk akal tapi bila difikir balik,Robot telah diguna secara meluas sejak 1990 lagi di jerman.Apabila Mesin memerah susu lembu yang pertama dicipta di German.Jika kita tengok sekarang pun dah meluas dah orang guna kat ladang.Tak lama lagi mungkin tiada orang kerja petik buah,siram air,menanam benih dan sebagainya kerana ia  akan diambil alih oleh robot.Peladang boleh mengendali mesin dan memerhati saja mesin buat kerja perghh enakk tu..

2.Pekerja Kilang


   

   Pekerja kilang mungkin adalah yang paling banyak terjejas.Ialah jika kita lihat pada masa sekarang pun sudah banyak kilang2 yang menggunakan robot dalam membuat kerja.Kerja yang dibuat oleh robot inikan lebih teliti dan efisien.Efisien mana pun robot ni tetap mahal jugak :p


3.Pelayan Restoran




 Pelayan-pelayan restoran ini bakal digantikan dengan pelayan robot yang telah diprogramkan.Dengan ini robot akan membuat pesanan,menghantar makanan,membersihkan meja dan juga menjaga kaunter!Woww...Bukan kaleng2 robot ni semua bende boleh buat.Tapi bukan semua orang mampu beli robot ni letak kat kedai ,makan,mungkin restoran2 yang ternama akan menggunakan teknologi ini.


4.Pembungkusan,pengendali gudang stok.



     Tengok je gambar mesti dah tau an robot sapa ni.Kalau tak tau jugak takpela arini korang tahu.Ini la robot Amazon yang dekat warehouse dia tu.Memang perform berabis la robot ni semua barang yang dia asingkan,agihkan memang sampai selamatla kat depan rumah korang.Maksud aku bukan robot ni hantar gi rumah tapi dia mengatur destinasi barang dalam gudang tu dan sebagainya.


5.Posmen


siapa sangka posmen boy ni boleh digantikan dengan drone penghantar.Negara luar sudahpun ada yang memulakan penghantaran melalui dron.Tetapi bagi aku bende ni masih belum relevan dekat malaysia tambah pula orang Malaysia ni suka sangat duk shopping online.Memang tak muat la nak sumbat dekat drone tu sebab drone ni ada max limit dia.Cehh buat palataw pulak.Tak tahu la sebab last aku tengok dokumentari pasal posmen drone pun time 2016 dulu dekat discovery channel.





 Apa pendapat anda geng?Aku rasa kebanyakan bende ni mungkin tak relevan dekat Malaysia dalam masa 5 tahun tapi kalau orang puteh bole la.Kita ni belum banyak lagi penedahan tentang robotik.Harap2 Malaysia buatla pendedahan secara percuma dekat orang sbb bukan semua berduit an lagi2 time covid ni.








Be the best among the rest and be humble
-pak atan 





sumber rujukan:-
freemalaysiatoday.com
apruve.com



Comments

Post a Comment

REFLECTION VOLUNTEERISM